Thursday, April 28, 2011

Lelaki Yang Soleh Takkan Mengalah Hanya Kerana Cinta Seorang Perempuan

Dikelilingi timbunan nota-nota kuliah, menjelang imtihan yang menyesakkan jiwa bukanlah perkara baru dalam hidupku. Semenjak bergelar mahasiswa di IPTA utara ini, bermusafir menjejak ilmu perekonomian yang hampir tamat destinasi pengajian sarjana mudaku ini. Malah bukan perkara yang ajaib jika tidurpun berselimutkan helaian nota. Menjeling sejenak salinan tesis pelengkap pengajianku. Aduhai, tidak kunafikan ia menuntut masa 24 jam 1minit setiap hari. Memerah otak yang masih punya tanggungjawab lain untuk menerima input ekonomi untuk dihadami. Serabut..?! tapi, berkat kesabaran, ketidakjemuan menapak ke paras 3 Fakulti Ekonomi yang menyisipkan 1001 kenangan, berbincang dengan penyelia, Dr. Zairy adalah antara ramuan yang kutumiskan dalam karya hak milik terpelihara ini. Senyum tanda aku puas. Syukur ya Allah!


Menerima sms tanpa diundang yang sengaja memenuhkan inbox pesanan handset lewat 2 hari yang lalu, sedikit sebanyak membuatkan aku terganggu. "khabar apakah zaid di sana? Semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNya. Maaf, kiranya sms ini menggangu. Masih ingatkah zaid pada husna? Husna, mana mungkin nama itu padam dalam diari hatiku ini. Nama yang menyepi hampir 3 tahun yang lepas seusia dengan tahun pengajianku di sini. Nama yang mencatatkan kelukaan pada hati ini. Nama yang mengukir kenangan manis, tatkala menerima balasan pertama kali untuk mendekati gadis ini ketika di tingkatan 4, maahad johor. Namun, khabar yang kuterima di pertengahan semester pengajian untuk mengambil peperiksaan STAM membuatkan aku terkedu. Lantas kuatur langkah menuju ke utara, cuba untuk mencari ketenangan bagi kelukaan ini.


"zaid, maafkan husna. Husna masih menyayangi zaid. Perasaan husna masih segar seperti 5 tahun yang lepas". Aku tersenyum membaca sms yang ke2. Senyum yang aku sendiri tidak pasti apa maksudnya. Mungkin aku mendabik bahawa aku menang! Dia kembali kepadaku, seperti yang pernah dilafazkan oleh teman akrabku, jika hatiku benar-benar mengasihinya dia pasti akan kembali padaku. Benar teman, kini dia kembali!


"Lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan". Ya aduhai, kata-kata yang membuatkan darahku tersirap. Pedih! Nak nak ia dilafazkan oleh seorang perempuan. Cis, bengang sungguh ketika itu. Disapa oleh seorang sepupu yang ku kira paling 'bengkeng' dan sombong. Jarang benar mencernakan senyuman. Hanya wajah selamba yang dipamerkan. Ini semua, Angah punya pasal. Dicanangkan seluruh famili ketika syura keluarga akhir bulan itu. Malu sangat. Mahu rasanya ditukar Angah menjadi katak yang paling hodoh.


"Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ker? Rugi Ayah Chik menghantar awak belajar di sana" Sibuk sungguh kau perempuan. Hatiku yang parah ini kau simbah dengan limau nipis. Memang kau perempuan yang tidak mengerti. Tiada daya lagi untuk kumenjawab setiap peluru bicara yang dihamburkan oleh gadis berwatak serius itu. Ya kau menang! Akurkah aku dengan setiap patah-patah kata yang begitu melukakan hati, tapi sukar untuk kunafikan kerana maujud kebenaran dalam senjata bicara itu. Benar aku insan dhaif yang lemah.. lemah dengan cinta manusia yang sia-sia. Aku tertunduk lesu.


"Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata. Tidak salah jika saya mengatakan cinta yang awak dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya, Romeo Juliet, Laila Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk awak jadikan role model? Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar. Atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati?! Takkan ada yang mencebik andai cinta yang awak kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal Rabah dan seindah kasihnya Handzalah!"


Bisa benar kata-kata daripada mulut mungil itu. Aku dikatakan buta mata dan hati?! Benarkah telahan gadis itu? Hai, bukan awak yang merasa pedihnya hati ini, mudah benar membuat rumusan yang tidak adil itu, cuba kena pada batang hidung sendiri, mahu meraung. "Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah awak. Kami yang memandang rasa serabut tengok keadaan awak. Konon-konon cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin katanya, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang... Aduhai lelaki, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana!"

Bulat mataku memandang wajah mulus bertudung labuh itu. Sapaannya di rembang itu ketika berselisih di dapur rumah opah menyemarakkan lagi khutbahnya. Aku hanya memandang. Ingin aku membalas tapi memandangkan Angah yang tersengih di sebelahnya, aku memujuk diri supaya menerima sahaja hemburan kata-kata itu. "Berapa lama kau mengenali perempuan itu? Pastinya tidak selama kau mengenali penciptaMu, benar bukan?! Cinta yang kau sendiri tidak pasti arah tujuan itu, benar-benar telah berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia. Cinta duniawi itu telah berjaya!" Aku mencebik dan tersenyum sinis.


"Kau tidak percaya?! Lihat sahaja dirimu itu, mengalahkan ayam mati bini". Mungkin! Aku mengiyakan walaupun hanya di dalam hati akan kebenaran kata-kata itu. Melihat keadaan aku, memang sah lah seolah-olah menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam wad gila. Bertahun aku menganyam kasih bersama Husna, akhirnya aku ditinggalkan setelah aku menyerahkan seluruh kepercayaan aku padanya. Alasan yang cukup pasif, pada bicaraku. Menerima calon yang diusulkan oleh keluarganya. Sukar untuk aku menerima hakikat itu. Dan, inilah habuan yang aku terima. Pelajaran entah ke mana, kehidupan yang tidak terurus. STAM, bakal menyapa tidak kurang daripada 2 bulan lagi. Dan aku tidak menjanjikan bahawa sebarang kejayaan bakal kuraih pada keluargaku.


"Kau terlalu naif!" Aku tersentak, benarkah? "Lihatlah wajah-wajah babahmu, umimu dan lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu!" Mendatar kalimah itu.


"Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu? Sudah lama benar aku tidak mendengar suaramu memuji Kalam Allah itu. Kau berpotensi untuk menjadi calon soleh untuk dirimu, keluargamu, dan agamamu. Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu!" Aku meneliti bait-bait yang terlontar.


"Aku tidak menafikan manusia itu memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nan indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali, Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya." Dia melepaskan satu keluhan. "Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah... sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya." Pengakhiran ceramah cinta itu, dia berlalu tanpa memandang wajahku.


Angah kulihat menitiskan air mata. Kenapa? Terbit persoalan itu. "Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah," terluncur kata-kata daripada Angah yang tidak pernah aku jangka kan. Malam itu, lama aku bermunajat dan berteleku di atas sejadah. Qalam mulia itu kembali intim di bibir, tidak sekadar hanya merenung seperti kebiasaanya. Malam itu menyaksikan air mata lelaki ku, tumpah jua akhirnya, biarpun ia bukan yang pertama. Tapi, kali ini ia tumpah pada yang berhak. Menangisi kepasifan diri ini.


Serasanya itulah kali pertama aku merasakan akulah insan yang terlalu bodoh. Mendamba cinta yang hanya memberikan aku kesakitan. Tapi, Diamasih menyayangi diriku ini. Dikirimkan seorang insan untuk menegur kealpaanku. Dialah yang menyedarkan aku. Tapi, aku tahu ucapan terima kasih itu takkan dia terima sebaliknya dia pasti akan menyuruh aku menyampaikan ucapan terima kasih ku pada yang jauh lebih berhak.. pada Allah. Benar, kata-katamu itu terlalu benar.


Itulah kisah tiga tahun lepas. Kini, aku sudah mampu tersenyum. Tersenyum kerana aku sebenarnya sedang cuba untuk meraih ciri-ciri calon soleh yang pernah singgah di pendengaranku ini. Dan aku takkan berputus asa, takkan malu memohon padaNya moga akulah calon soleh untuk meraih cintaNya yang abadi. Kepada sepupuku, Mardhiahtul Aliah... terima kasih atas sindiran sinismu itu. Terlalu pahit, tapi buah kemanisan iman itu sudah kutemui. Husna, juga ucapan terima kasih. Kerana jika dia tidak memutuskan hubungan itu, pasti aku takkan mengenal hakikat diri. Sms husna ku balas... "Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT,"

p/s: Sekadar perkongsian.Moga kita tidak meletakkan cinta kepada manusia mengatasi cinta kita kepada Pencipta..


nota hati : kisah luqman..menyentuh hati woh..

Mutmainnah dan Kisah Nafsu

Usai maghrib, Mutmainnah mengesat air mata. Betapa deras ia mengalir sementelahan hatinya semakin tegang menghitung khilaf yang dilakukan sehari-hari. Sedar mahupun separa sedar. Bukan dengan Sang Khaliq sahaja, bahkan dengan ciptaan-Nya juga. Bukan dia tidak pernah menyesal suatu ketika dulu. Dia pernah! Tapi, dia tersungkur lagi..

Air jernih menyelusuri pipi. Dibiarkannya sahaja. Perempuan dan air mata ibarat sahabat sejati. Wudhu' itu ikatannya. Itu kata ibu Mutmainnah. Lantas, Mushaf 'Uthmani digapainya. Sudah seminggu dia tidak menyentuh kitab suci itu lantaran telah dilarang oleh Allah kepada kaumnya agar tidak menyentuh dan membaca kalam itu untuk suatu tempoh tertentu. Walaupun pada hakikatnya teman-temannya sering mengingatkan, jangan lupa zikir itu masih ada. Setiap langkah kamu ke dewan kuliah, pulang ke bilik, mahu ke mana-mana sahaja, lidah kamu masih tidak dihijabkan untuk menyebut nama-Nya, puji agung-Nya.

Mutmainnah akui itu semua tetapi tatkala bibir mula bergerak-gerak, pasti Syaitan mula memadam ingatan dan mengalihkan pandangannya.

"Mutmainnah, cuba lihat sana! Baiknya lelaki itu kan? Jalan tak pandang perempuan pun."
"Mutmainnah, tak payah la terkumat-kamit macam tu.. Nanti orang ingat kamu sewel pula"
"Mutmainnah...ini"
"Mutmainnah...itu.."

"Aku memohon ampun dari-Mu ya Allah!" Mukanya diraup entah buat ke berapa kali. Jutaan penyesalan dilontarkan untuk mendambakan keampunan Tuannya.

Tenang, diam, dan dengan perlahan-lahan dia menyelak halaman yang ditanda minggu lepas.

Ayat 125 dari surah al-An'am dibacanya dengan tartil, kemudian disambung pula dengan ayat 126. Dia berhenti seketika, bagaikan ada magnet yang menariknya untuk mentadabbur ayat tersebut. Terjemahan dibuka dan diteliti maknanya..

"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu; (jalan) yang lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang mengambil pelajaran."

Air matanya lebat lagi. Tanda kesyukuran kerana tatkala bergelumang dengan karat-karat dunia, dia masih layak untuk dipimpin bagi menerima taufiq-Nya. Dia tidak memandang ke belakang lagi. Dia dahaga! Dia lapar! Dia rakus menyantap hidayah Allah yang mencurah-curah jatuh seolah-olah cuba untuk menyucikan hatinya yang sering berbolak-balik itu.

"Kalau benar aku sentiasa mohon untuk berlindung dengan Allah dari syaitan, kenapalah aku masih terdorong untuk menghampiri lereng-lereng dosa ni?" Mutmainnah terfikir lagi selepas menamatkan bacaannya pada malam itu. Mushaf biru itu disimpan kembali ke tempat asal. Dengan seragam putih yang masih tersarung, dia ingin mengisi malam-malam bercahaya itu dengan muhasabah.

Dia teringat kembali buku yang pernah dibacanya suatu ketika dulu, 'Personaliti Wanita Yang Disayangi Allah & Rasul'. Buku itulah yang menjadi hadiah hari lahirnya yang ke-22 oleh kakaknya, Mardhiyah..

Wanita itu banyaknya nafsu 90 peratus manakala akalnya 10 peratus sahaja. Tetapi berbeza bagi sang laki-laki, 90 peratus itu akalnya tetapi nafsunya 10 peratus sahaja.

Maka beruntunglah bagi si wanita kerana telah dianugerahkan sang laki-laki sebagai pemimpinnya, kerana sang laki-laki itu banyak akalnya yang mampu mendidik dan menunduk nafsu si wanita tersebut.

"Eh.. betul ke wanita ada banyak nafsu. Aku tengok zaman sekarang lelaki yang berlebihan nafsunya dari wanita." Desis hati kecilnya ketika itu.

Lantas, malam khamis tiga minggu lalu yang menjadi kebiasaan untuk Mutmainnah dan akhawat lain untuk menerima tarbiah dari naqibah mereka tidak dipersia-siakannya.

"Kak Aishah, kenapa Allah bagi kaum kita ni banyak nafsu?"

"Oh.. kaya la kita ada banyak nafsu.. hehe" Kak Aishah cuba berseloroh memulakan muqaddimah.

"Ala akak ni.. takkan nak bergelar jutawan nafsu pulak.. mentang-mentang baru balik Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan minggu lepas ye.." Mutmainnah menyakat naqibahnya itu kembali.

Seronok. Antara mereka tiada jurang. Walaupun bergelar seorang naqibah yang sudah berkahwin dan berkerjaya pula sebagai seorang jurutera, Kak Aishah tidak pernah meletakkan jurang yang tinggi antara dia dan mad'unya.. Uslub tarbiyah yang menarik barangkali.

"Begini Ina, sebenarnya dalam dunia ni, nafsu ada tujuh peringkat.. dan bukan semua nafsu yang Allah cipta itu tidak bagus.." Kak Aishah menarik nafas panjang sebelum meneruskan bicaranya...

"Nafsu pertama ialah Ammarah iaitu bagi mereka yang sentiasa menghampiri maksiat, terlalu gembira bila mendapat nikmat, dan terus berputus asa apbila diuji. Mereka tidak sedih dan tidak akan menyesal jika berada di dalam maksiat dan kejahatan."

"Contohnya kak?", sampuk mereka tidak sabar.

"Contohnya?? Emm.. macam ni.. Seorang wanita yang mengaku Islam tetapi bangga apabila tidak menutup aurat. Dia tahu hukum menutup aurat itu wajib tetapi tidak pernah berasa berdosa apabila tidak memakai tudung atau apabila memakai pakaian jarang.."

"Yang kedua, nafsu Lawwamah iaitu bagi mereka yang kadang-kadang terjebak dengan dosa tetapi sering menyesal dengan perbuatannya itu. Dia sentiasa berusaha untuk berubah tetapi kadang-kadang tidak dapat mengelak godaan syaitan. Kadang-kadang, manusia bernafsu Lawwamah ni akan terdetik di dalam hati mereka untuk berasa riya' apabila melakukan sesuatu kebaikan."

"Kak, macam mana nak elak nafsu Lawwamah ni ek?" soal mereka lagi.

"Mujahadatunnafs! Jihad melawan nafsu. Sebenarnya, nafsu jahat dan Iman sering berlumba-lumba untuk memenangi kita. Kita manusia, siap berakal lagi! Maka, pergunakanlah akal pemberian Allah ini dengan cara yang paling waras."

"Terima kasih kak... ok, sila sambung lagi.. ehe".

"Ye baik cik adik... nafsu ketiga ialah Mulhimah. Peringkat ini boleh dicapai apabila manusia tu dapat melawan nafsu Lawwamahnya dengan bersungguh-sungguh untuk menyucikan hati. Biasanya, mereka ini memiliki sifat takut, syukur dan bertawakkal kepada Allah yang sebenar-benar... bukan hanya enak melafazkan kalimah syukur dan tawakkal di mulut sahaja. Taubat mereka pun merupakan sebenar-benar taubat. Bukan on off macam tu je.."

"Martabat seterusnya ialah nafsu Mutmainnah iaitu peringkat nafsu yang pertama yang diredhai Allah s.w.t. dan layak memasuki Syurga-Nya", kak Aishah berhenti seketika.. mengambil nafas barangkali... fikir Mutmainnah yang masih tersengih-sengih tatkala namanya disebut sebagai salah satu peringkat nafsu yang layak ke Syurga.

"Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah ni memiliki sifat pemurah yang amat sangat. Wang di tangan mereka tidak pernah lekat kerana kerapnya bersedekah. Mereka juga kuat beribadah dan memiliki taqwa yang sebenar iaitu takut dan harap."

Oh.. sesungguhnya nama tidak dapat mewarisi peringkat nafsu! huhu.. Mutmainnah hanya mampu mendengus di dalam hati. Dia masih ingat lagi kisah 'Takut & Harap Saidina Umar' yang mana apabila ditanyakan oleh Rasulullah s.a.w..

"Hai Umar, apa yang kamu maksudkan dengan TAQWA?"

Jawab Umar "TAKUT dan HARAP... iaitu aku takut jika semua manusia layak ke Syurga kecuali aku dan andaikata jika seorang saja manusia yang layak ke Syurga, aku berharap itulah aku."

"Ok.. nak sambung lagi ke?" Kak Aishah memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka sebentar tadi..

"Nak.. nak.." Nusaibah, sahabat mereka dari Baling, Kedah cepat-cepat menjawab. Fuh, bersemangat.

"Seterusnya ialah nafsu Radhiah. Mereka yang berjaya sampai ke peringkat nafsu ini mempunyai hubungan dengan Allah yang dekat. Mereka mengenali zat-zat Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya. Yang paling hebat, mereka tidak pernah takut akan bala dan tidak tahu gembira pada nikmat, yang mereka kenal ialah keampunan dan redha Allah sahaja."

"Oh.. ini macam tahap wali-wali Allah la ni ye kak?"

"Ya.. selain itu wali-wali Allah ini dianugerahkan dengan kelebihan memiliki firasat yang tinggi." Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya :

"Takutilah akan firasat orang mukmin, sesungguhnya mereka melihat dengan nur [petunjuk] Allah s.w.t.. [riwayat At-Termizi]

"oh.. macam tu rupanya.." sampuk Anisa, teman sehalaqah mereka juga.

"Ok.. Akak sambung sikit lagi ye.. Dua saja lagi.. akak cuba ringkaskan. Yang keenam ialah nafsu Mardhiyah, iaitu orang yang memiliki peringkat nafsu ini mempunyai hati dan jiwa yang benar-benar sebati dengan Allah s.w.t. dan yang paling seronok, setiap perbuatan mereka pasti Allah telah redha.. seronok kan?"

"Ha'ah.. seronoknya kalau setiap amal kita confirm and confidence je Allah redha.."

"Conclusion, buat yang Allah suruh, tinggal yang Allah larang! Hoho.. seronok je akak cakap macam ni kan?.. Payah nak buat tu dik, payah..! sebab tu la, kita diberi peluang untuk istighfar. Leka dan terus memohon ampun. It is the best formula!"

"Dan yang last ialah nafsu Kamilah, peringkat yang hanya mampu diperoleh oleh para Rasul, para Nabi dan wali Allah. Betapa hebatnya mereka, setiap detik amal di dalam kehidupan mereka hanya Allah tujuannya. Tiada dunia dan segala isinya. SubhanaLlah!"

"Fuh.. semput akak nak habiskan semua peringkat nafsu tu... ok, semua dapat dan faham?"

"Dapat kak.." jawab mereka serentak.

"Ha.. good girls! Sekarang, akak nak kamu semua nilai balik nafsu masing-masing di peringkat mana. Muhasabah itu mesti! Ingat, penciptaan nafsu oleh Allah s.w.t. itu cantik. Ada nafsu yang baik dan jahat. Jadi, tak boleh nak pertikaikan lagi kenapa wanita tu ada banyak nafsu sebab kalau dia pandai menundukkan nafsunya, insya-Allah akal dan nafsu tu akan berjalan seiring.."

"Lagi satu, walaupun nafsu yang baik tu seolah-olah payah untuk kita nak dapat, tetapi kita tidak boleh putus asa. Contohnya, kalau Ina nak dapatkan peringkat nafsu Mutmainnah tu, kena jihad lebih la ye sayang.."

"Err.. hehe.. InsyaAllah kak!" Tersengih-sengih Mutmainnah. Macam tahu-tahu je aku tengah terfikir tentang tahap nafsu tu.

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang sampai malam ini. Ya, mungkin aku terlalu mengikut nafsu yang kurang baik menyebabkan aku terjebak untuk melakukan dosa-dosa kepada Allah. Mungkin bagi mereka di luar sana, khilaf yang dilakukannya itu sekadar dosa-dosa kecil yang boleh diampunkan Allah bila-bila masa. Tetapi tidak bagi Mutmainnah, selagi mana tindakannya itu bakal menghantar kakinya untuk selangkah ke neraka, dia tidak tega untuk terus berasa bersalah!

Hurm.. alhamduliLlah, jiwa aku makin damai sekarang. Aku tahu Allah sayang pada aku. Moga hijrah aku kali ini lebih bererti. Aku yakin dengan izin Allah! Mutmainnah sudah mampu tersenyum. Malam 10 Muharam 1432 hijrah ini amat bermakna baginya. Dia telah menemui erti hijrah yang sebenar-benarnya. Esok, hari asyura..insya-Allah, dia akan berpuasa sebagaimana disunatkan berpuasa. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Puasa 'Asyura akan menghapuskan dosa setahun yang lalu. [riwayat Imam Muslim]

Moga Allah terima taubat hamba-hamba yang suka meminta-minta tetapi tidak pernah lupa untuk bersyukur pada-Nya! Ameeenn..


nota hati : ni from teman siber ku..luqman

Wednesday, April 27, 2011

PATAH HATI-SAUJANA

Kau tidak seperti dulu
Yang kukenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya

Kau tidak seperti dulu
Yang kukenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya

Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati

Patah hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri

Bukankah Tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah Tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang


nota hati: lagu ni so nice sebenarnya. khas utk sesape yg pth hati.

Wednesday, April 20, 2011

HANYA TUHAN YANG TAHU

Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

( 1 )
Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang

( korus )
Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

( ulang 1 )

( ulang korus 2X )

Kerana batasan waktu
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih


nota hati: lagu ni bez sangat tau! bila aku dengar lagu ni, aku rasa macam ada kekuatan dalam diri untuk menolak segala cinta dari seorang lelaki ajnabi. aku harap suami yang ALLAH kurniakan pada aku nanti, insyaALLAH beriman n mampu bimbing aku ke jalan NYA

Monday, April 18, 2011

pesan seorang teman

dengan nama ALLAH...


assalamualaikum wbt...


apa khabar kalian ye? ecehe..macam la saya tak jumpa korang kan? ala..x pe lah kan?weh3..apasal when borak pasal kahwin, mata yang dah layu tu kembali segar ye? alahai...macam2 gelagat bebudak nih la kan?


yang paling saya tak tahan is perangai aje. wah3.. siap nak catat ape ntah tadi kan? gatai ye ko? dah nak kahwin ke? before kahwin, sata nasihatkan, sembahnyang tu biar cukup lu, keje biar ada, pegang ijazah dulu. iman di dada tu. teguhkan!!! hah!! dah cukup semua tu? kawen la. tak de yang larang. malah menggalakkan. ye lah.. buat ape nak halang kalau dah mampu kan?


dan buat ukhti ukhti sekalian, kalau nak cari laki tu, cari lah yang baik agamanya. tu je nak pesan. tata...

geo...kije kursus

dengan nama ALLAH..

assalamualaikum..


ni link utk keje kursus geo..tera lah tengok2 sini k..sekian.

Saturday, April 16, 2011

buatmu, temanku

dengan nama ALLAH...


assalamualaikum...


firsly, aku nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada rakan2 kerana sudi menjadi teman aku. menyinari hidup aku dengan gelak ketawa.


disebabkan ni blog 3a, so aku nak ucapkan tq pada rkn2 3a especially kwn2 baik aku, trah, rehan, miah. n yang lain2 tu, hanis, nabilah, aisyah, najwa, aiman, n sume lah kn. x larat nk sbut ni.tq sbb banyak membantu aku. yang sudi berkawan dengan aku yang serba kekurangan ini sejak kita kenal dari form 1 lagi. so, tq bangat. ecece....ngomong indon jap


tak lupa gak pada kawan2 aku di sk penambang dlu, yana, fatin, shahirah hasmi, syahirah ghazali, afiq, hazim, sina, najiah, yang, n so on la. mla knl korang, aku tau ape erti persahabatan ni.


argh!!! kwn2 mfb jugak. korang la terbaik sebenarnya. ade k long, k punur, k ain, k nuzul, iffah, qilah, uda, dr mirul, atiq, all_we, k nadzierah, k anum, ramai lagi lah. tak tersebut ni. tapi yang special skali, of coz la k long. tempat aku luahkan perasaan ni. banyak pasal aku k long tau. hu3..


stakat ni sahaja post kali ni, tata

Thursday, April 14, 2011

HATIKU REMUK REDAM

Hari ini hatiku remuk redam…
pedih!
sakit!
apabila saban hari melihat teman-temanku sendiri bergelumang dalam najis KEMAKSIATAN!

hatiku makin dihempap kesakitan yang tidak dapat digambarkan..
apabila teman-temanku sendiri berBANGGA dengan KEMAKSIATAN yang mereka lakukan!

wahai teman-temanku yang ku sayangi hanya kerana ALLAH..
berkali-kali ku katakan padamu bahawa COUPLE itu sama sekali HARAM disisi agama..

“Janganlah kamu menghampiri zina…”

mengapakah kalian masih TEGAR mencampakkan diri kalian dalam jurang api neraka yang membahang tak terperi sakitnya?

ketahuilah teman-temanku,
di saat melihat kalian berdua-duaan bersama pasangan kalian,
hati ini bagai di cucuk sembilu yang memilukan..
di saat melihat gambar-gambar kalian yang tidak segan silu berdua-duaan,
hati ini meraung kesakitan..

jangan pernah salahkan FITRAH yang ALLAH kurniakan kepada kita..
FITRAH itu tidak salah..
yang salah adalah kita..

Lupakah kalian kepada kata-kata Pemilik Cinta :

‘ maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan. Maka beruntunglah orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya..’ [AS-syamS]

dengarlah wahai kalian!
ku sudah tidak tahan menanggung dosa ini..!
sedarlah kalian!!!

Astaghfirullah…

maafkanlah aku seandainya kata-kataku ini melukai kalbumu..
tetapi..
ingatlah..

sesungguhnya ALLAH lebih TERLUKA dengan apa yang telah kalian lakukan!

Oleh sebab itu berikanlah PERINGATAN, kerana peringatan itu bermanfaat, orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran, dan orang yang CELAKA akan menjauhinya yaitu orang yang akan memasuki api yang besar…’
[As A'la 9-12]

***************************************************************************************

Nota Cinta : “Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlah pendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan denganperkara yang Engkau redhai”…

Aku hanya mencari keredhaan ALLAH meskipun ku di benci manusia..
bagiku..
aku tidak sama sekali khuatir akan bencinya manusia padaku..
akan tetapi,
yang membuatku khuatir apabila tiada lagi kasihan Rabbku kepadaku!

COPY FROM BLOG K AM

BALIK!!!!

dengan nama ALLAH...


assalamualaikum..


BALIK!!!!!!!!!!! BALIK!!!!!!!!!!!!!! BALIK!!!!!!!! weh, seriously, aku bosn dgn budak2 yang tok paka apo tuh. bakpo gelenya nak kelik gak? kalu tok se blaja sudoh, gi lah kelik. wak malu kaum jah. sene2 tok soh mari lalu. wak gapo kalu mari nok gege jah?


aku dok shok dengar ceramah, sep2 nih gege. aku hope antara org hok sbot BALIK!!!!!! tu tak dop sore pok from ur claz!! kato nok 8a ke? so? usaha la weyh... korbankan maso tuh!!!

Wednesday, April 13, 2011

SATU TEKAD-UNIC

Berikanku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada Yang esa

Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untuk ku teruskan pergembaraan
Tak rebah dan tersalah langkah

Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur utara juga selatan
Atau arah mentari terbenam

Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah

bobe

dengan nama ALLAH...


assalamualaikum...


apa khabar teman 3a sume? moga sehat sejahtera hendaknya. lama ye kita tak jumpa? ahaks...blawok jah nih... tok soh cayo la.


amacam kem ari ni? ok ke? ko ke? alhamdulillah. sep2 korang mai blako ea. that's mean, ade satu, eh, bukan satu, tapi berbillion keinginan yang kuat untuk success. so, let's study hard n smart fren. kutip2 sume ilmu yang jumpa tu. dan jangan lupa untuk sebar. biar berkembang ye?


n mak tanya, nk g dop nih umah cg? aku nk gi k. tak mo pegi, sudh.. ta marah. n yang penting, la tahzan k. happy sopmo. jange stress...hahhaha...bobe jah nih.,.. x tahu etep nk update gapo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...